Apa BUKTI rasa SYUKURmu?




APA BUKTI RASA SYUKURMU?


لا تدهشك واردات النعم عن القيام بحقوق شكرك فان ذالك ممايحط من وجود قدرك

"Jangan sampai nikmat yang berlimpah membuatmu lupa untuk menjalankan kewajiban bersyukur karena dapat merendahkan harga dirimu." (Syeikh Ibnu Atha'illah, Al Hikam)

      Syeikh Abdullah Asy Syarqawi menjelaskan bahawa kita tidak boleh terpesona dan tidak boleh lalai untuk menjalankan kewajipan untuk bersyukur kepada Allah yang telah memberi berbagai macam nikmat.

    Salah satu bentuk syukur adalah dengan cara melihat kelemahan diri kita sendiri dalam menunaikan hak hak itu. Kita harus bersyukur atas kurnia Ilahi yang setiap saat kita dapat. Sikap lalai itulah yang merendahkan harga diri kita sebagai hamba dan makhluk di hadapan Sang Khalik.

     Jangan sampai banyaknya nikmat yang diberikan Allah kepadamu membuat dirimu lupa untuk bersyukur kepadaNya. Jangan sampai pula kau berpandangan bahawa nikmat yang kau dapat itu datang dengan sendirinya sehingga kau tidak mau bersyukur kepada Sang Maha Pemberi.

    Contoh bersyukur dengan lisan adalah dengan memperbanyak zikrullah, berselawat, dan beristighfar serta memperbanyak wirid setelah solat lima waktu agar diri kita sebagai hamba selalu mampu mengingatk kurniaan Allah yang tiada tara.

Syeikh Ibnu Atha'illah Al Hikam,
syarah Syekh Abdullah Asy Syarqawi

DOA INDAH SYEKH IBNU ATHA'ILLAH 

الهي اغنني بتدبيرك عن تدبيري وباختيارك لي عن اختياري واوقفني على مراكز اضطراري

ilaahii aghninii bitadbiirika 'an tadbiirii wa biikhtiyarika lii 'an ikhtiyarii wa awqifnii 'ala marakiz idhthirarii.

"Ya Allah, puaskanlah aku dengan aturan-Mu daripada aturanku sendiri, dan dengan pilihan-Mu daripada pilihanku sendiri. Dan, dudukkanlah aku di tempat-tempat kebutuhanku yang sebenarnya."

Syekh Ibnu Atha'illah

Post a Comment

0 Comments