Kisah Abu Yazid dan Muridnya

KISAH ABU YAZID DAN MURIDNYA
 KEMULIAAN DIRI ADALAH HIJAB PALING BESAR ANTARA HAMBA DAN TUHANNYA



Ada seorang lelaki telah berguru dengan Syeikh Abu Yazid Al Bistami selama 30 tahun. Beliau tidak pernah tertinggal dari menghadiri kelas Syeikh selama tempoh tersebut dan sentiasa mendampingi Syeikh. Suatu hari beliau bertemu Abu Yazid dan meluahkan apa yang terpendam pada beliau dengan katanya: wahai Syeikh! Saya sudah 30 tahun tidak pernah meninggalkan solat tahajud dan berpuasa sunat serta meninggalkan keinginan nafsu. Namun saya tak dapat merasai apa yang diajarkan oleh tuan sama sekali.

Sedangkan saya mempercayai segala apa yang Tuan ajarkan dan membenarkannya. Abu Yazid menjawab: jika engkau solat tahajud selama 300 tahun lamanya sedang engkau masih tidak berubah dari keadaan mu kini, pada ku engkau tidak akan dapat mengecapinya walau sezarah. Tanya lelaki itu mengapa Tuan?

Jawab Syeikh : kerana engkau telah terhijab dengan diri mu sendiri. Tanya beliau lagi : apakah ada di sana penawar sehingga tersingkap hijab ini ? Jawab Syeikh : ya tetapi engkau pasti tak mampu menerima dan mengamalkannya.

Lelaki itu terus mendesak Syeikh agar mengkhabarnya dengan megatakan:bahkan saya akan menerima dan mengamalkannya.

Lalu Abu Yazid mengatakan : sekarang engkau pergi ke kedai gunting cukur rambut dan janggut mu , tukarkan pakaian mu sekarang (pakaian orang soleh) dengan memakai pakaian biasa (orang awam), gantungkan di leher mu balang air dan isikannya dengan jus serta himpunkan kanak-kanak di keliling mu. Kemudian engkau jerit kuat-kuat bagitahu bahawa sesiapa yang menampar muka saya akan saya berikan segelas jus.

Seterusnya hendaklah engkau masuk ke pasar mu tempat engkau dimuliakan dalam keadaan ini sehingga semua yang mengenali dapat melihat mu. Lelaki tersebut menjawab: wahai Abu Yazid , subhanaLLah apakah orang macam aku ini engkau suruhkan dengan perkara seperti itu dan engkau sangka aku akan lakukannya? Berkata Abu Yazid kepada beliau : ucapan subhanaLLah mu itu adalah syirik.

Beliau bertanya: kenapa jadi syirik? Jawab Syeikh: kerana engkau sebenarnya membesarkan diri mu lalu engkau betasbih. Kata lelaki itu lagi : wahai Abu Yazid ! saya tidak mampu dan tidak akan melakukannya tetapi tunjukkan kepada saya yang lain yang dapat saya lakukan. Jawab abu Yazid: mulakan yang ini dahulu sebelum yang lain sehingga jatuh ego mu dan menjadi hina diri selepas itu baru aku akan mengajar mu apa-apa yang layak buat mu.

Lelaki itu berkata: aku tidak mampu! Abu Yazid menempelak dengan katanya: bukan kah engkau telah bersetuju untuk menerima dan melakukannya! Daku sememangnya yakin bahawa seorang hamba tiada akan mampu mendapat limpahan asrar ghaib selagi dia tiada mematikan kehendak nafsunya dan melakukan pekara yang di luar adat kebiasaan orang ramai.”

#PakChu Dazze.

Post a Comment

0 Comments