Pemergian Yang Dinanti??


PEMERGIAN YANG DINANTI?? 


Ramadhan tiada pernah tinggalkan kita,terus datang bila sampai masanya selagi bumi ini tiada Kiamat,hakikatnya  kita yang meninggalkan Ramadhan kerana mungkin kita tiada lg dibumi ini saat Ramadhan kembali menjelma,

Hidup ini terlalu singkat dibandingkan kehidupan kita yg awal dialam Lahut dan kemudian alam akhirat yg abadi

Dibandingkan kehidupan kita dialam lahut dan alam akhirat, kehidupan dunia bagaikan setitik dari lautan dua alam tersebut

Betapa ruginya insan yg hilang cahaya Fitrahnya di alam lahut kerana merebut  alam yg  setitik hingga membawa kerugian yg abadi alam akhirat nanti

Kehidupan dunia ini bukan yg sebenar,segalanya kepalsuan kecuali iman dan amal soleh, segala kenikmatan dan kesakitan, kekayaan dan kemiskinan  hanyalah kepalsuan semata2 untuk menguji

Apabila mata telah tertutup pada alam dunia dengan kematian, bermula kehidupan yg sebenar , segala kenikmatan , kesakitan, kekayaan dan kemisknan adalah benar dialam barzakh dan akhirat

Al Quran adalah Pertunjuk ttg rahsia kehidupan yg diwahyu الله melalui Rasulullah, cintai tadabbur al Quran agar hati mu sentiasa diperingat dan disuburkan dgn makna kehidupan yg palsu dan hakiki..

Wallahualam

- Abu Hubaib

Post a Comment

0 Comments